Microsoft Meningkatkan Kadar Storan Hotmail
- Thursday, August 16, 2007, 23:35
- Web
- 32 views
- Add a comment
Tidak lama selepas Google menawarkan peningkatan storan untuk perkhidmatan email Gmail dan Picasa Web Albums nya, Microsoft pula kini dilaporkan turut menjejaki langkah serupa dengan menawarkan kadar storan perkhidmatan email Windows Live Hotmail daripada berkapasiti 2 GB kepada 5 GB
Sumber mengatakan bahawa proses peningkatan itu akan dilakukan secara berperingkat dalam beberapa minggu ini.Pengguna Hotmail akan dapat menyimpan data email sehingga 10 GB dengan bayaran serendah $14.99 Dollar secara tahunan.

Selain dari itu, Microsoft juga mengumumkan peningkatan lain kepada perkhidmatannya termasuk;
1. Pilihan untuk menutup fungsi “Today” feature yang memaparkan berita utama dan fungsi lain lain di portal MSN.
2. Ciri keselamatan baru yang dinamakan “Report Phishing” yang memberi amaran tentang kemungkinan penipuan website scam yang dilinkkan dari email. (seperti kes penipuan email link yang berkaitan dengan kes mencuri maklumat akaun bank).
3. Prestasi yang lebih baik untuk penggunaan bahasa Ibrani (hebrew) dan Arab
4. Pencegahan daripada maklumat hubungan (contact information) yang bertindih.
5. Keupayaan untuk menggunakan “auto response”. dan bermacam lagi.
Microsoft juga akan menjadikan perkhidmatan Hotmail lebih pantas serta meningkatkan tempoh masa untuk penyimpanan email yang disimpan di dalam folder “Junk” dan “Deleted Item” sebelum ianya dipadamkan secara automatik.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
Advertisement
